Akaun agendanasional.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Buku Laporan Indeks Malaysia Negara Rahmah 2022

Indeks Negara Rahmah adalah satu indeks yang mengukur persepsi masyarakat tehadap pencapaian semasa sesebuah negara ke arah menjadi sebuah negara rahmah. 


Pendekatan Negara Rahmah adalah usaha untuk membangun sebuah negara dalam bentuk baharu yang maju, makmur, aman dan damai yang ditadbir oleh pimpinan yang kompeten, cekap, berkebolehan dan berintegriti, melaksanakan tadbir urus yang baik, keadaan dan kehidupan masyarakat yang harmoni, sejahtera dan bertamadun, pelaksanaan dasar dan undang-undang yang adil dan saksama merentas sempadan agama, etnik dan budaya, serta berperanan aktif di peringkat antarabangsa. 


Pembangunan negara secara holistik ini boleh dilihat daripada gabungan 12 Ciri Negara Rahmah yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia. 


Kajian bagi IMNR22 telah dijalankan di seluruh negara dari bulan Ogos hingga Oktober 2022 yang melibatkan 2,012 responden yang terdiri daripada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, berpendidikan pasca-SPM daripada pelbagai kaum yang menetap di Malaysia. Kajian ini telah dijalankan menggunakan persampelan berstrata dengan tumpuan negeri dan daerah. Responden pula dipilih menggunakan pendekatan persampelan mudah (convenience sampling) di mana responden tidak dipilih mengikut corak tertentu tetapi memenuhi kriteria kaum, jantina dan usia



Penerbit: Kajian Dasar IKRAM Sdn. Bhd.