Akaun agendanasional.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Buku Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2025

Buku Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2025

Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) 2025 diterbitkan sebagai manifestasi komitmen berterusan IKRAM dalam menilai dan menjayakan kerangka Negara Rahmah yang diimpikan bersama. IMNR berfungsi sebagai alat ukur kritikal yang mencerminkan prestasi negara dari sudut kesejahteraan rakyat, berdasarkan persepsi dan pengalaman sebenar masyarakat. Ia bukan sekadar angka statistik, tetapi gambaran harapan, cabaran dan penilaian langsung rakyat terhadap keadaan sosioekonomi dan politik negara.

IMNR 2025 turut diperkukuh dengan penambahan ciri pengukuran baharu, daripada 12 ciri kepada 15 ciri menjadikan indeks ini lebih komprehensif dan relevan dalam memahami tahap kesejahteraan rakyat. Dapatan kajian ini penting dalam menilai hubungan antara dasar kerajaan dan persepsi rakyat, serta menjadi indikator berguna kepada sektor swasta dan masyarakat sivil dalam memainkan peranan masing-masing.

Sekiranya dasar yang dilaksanakan tidak diterjemahkan kepada impak yang dirasai rakyat, jurang persepsi akan melebar. Justeru, IMNR 2025 diharapkan menjadi asas kukuh kepada pembuat dasar untuk merangka strategi yang lebih berkesan, sensitif dan berpusatkan rakyat. Laporan ini mengajak semua pihak berganding bahu membina Malaysia yang lebih rahmah, adil, sejahtera dan lestari untuk generasi kini dan akan datang.